You are here: HomeMaklumat SekolahSejarah Sekolah

Sejarah Sekolah

Sekitar tahun 60-an, masalah menghantar anak ke sekolah ke daerah lain dan peningkatan bilangan murid merupakan titik tolak penubuhan sekolah ini. Penduduk Tambunan iaitu ibubapa telah menyuarakan permintaan menerusi wakil rakyat ketika itu iaitu Datuk Anthony Gibun agar sebuah sekolah menengah lagi ditubuhkan selepas St Martin Tampasak. Permohonan diluluskan oleh Jabatan Pelajaran Negeri.

Pada tahun 1971, Sekolah Menengah Rendah Tambunan dibuka dengan rasminya. Hanya ada seramai 139 murid dan 9 orang tenaga pengajar ketika itu termasuk pengetua yang pertama iaitu Encik Roger Ongkili. Mempunyai 4 buah bilik darjah iaitu Tg 1 Utara, Tg1 Selatan, Tg1 Barat, Tg 1 Timur. Pada ketika itu, masih berkongsi bangunan dengan SRK Pekan Tambunan. Sehinggalah pada tahun 1980, sekolah ini berpindah ke bangunan sendiri.

Persatuan Ibu bapa dan Guru yang ditubuhkan pada Mac 3 1974 dan dipengerusikan oleh Encik Peter Wong telah memainkan peranan penting ke arah pembinaan bangunan SMK Tambunan di tanah seluas 20.03 ekar di kg Tombotuon
Pembinaan bermula sekitar 1977 dan siap pada tahun 1984. Pembinaan ini melibatkan 24 unit flat guru, sebuah rumah pengetua, 3 blok bilik darjah dua tingkat, sebuah dewan serba guna dan sebuah blok untuk bengkel kemahiran hidup.
Perasmian prasarana sekolah yang menelan belanja RM5.47 juta ini dirasmikan oleh YB Datuk James Ongkili Menteri Kehakiman Malaysia dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 7 Oktober 1984.

Pada sekitar tahun 1999 ketika Pn Mary Yong Pengetua Cemerlang menjadi pengetua, bangunan sekolah akhirnya diisytiharkan tidak selamat lagi dan boleh mengancam keselamatan semua warga sekolah. Atas dasar itu, SMK Tambunan telah diberi prasarana yang baru dan selamat dengan pembinaan semula bangunan sekolah secara menyeluruh. Tahun 2003, menyaksikan SMK Tambunan berdiri megah dengan satu wajah baru yang lebih selamat dan cantik. Pengetua ketika itu adalah Pn Ngiam Eng Hong.

SMK Tambunan terus berkembang bukan sahaja dari segi prasarana dan bangunannya tetapi mengecapi beberapa pencapaian yang membanggakan di peringkat daerah, negeri maupun kebangsaan. Sekolah ini juga telah menawarkan pengajian tingkatan 6 untuk memberi peluang kepada pelajar lepasan SPM menjejak kaki ke menara gading sejak tahun 1995 sehingga sekarang.

Pentadbir

Pautan Rasmi





Pelawat

69325
TodayToday121
YesterdayYesterday194
Top Visit 01-06-2017 : 11949
Statistik created: 2017-08-24T02:35:51+00:00
UNITED STATES
US
Members Online 0
Guests 12
Registered Users 2
Registered Today 0
Now Online
-
Registered Today
-

Video Pilihan

TERBAIK SPM 2016

 

PENCAPAIAN SPM 2015

TIPS KEJAYAAN  2013