You are here: HomeTerkiniHarapan Tahun 2017 (PK1)
Jadual Waktu Sila Klik Aplikasi

Pemberitahuan

PAT Tg4(2-6 Okt)

Pep.PT3(9-13 Okt)

Cuti Deepavali(16-20 Okt)

PAT Tg1-4(23-27 Okt)

Harapan Tahun 2017 (PK1)

MENDEPANI CABARAN SEBAGAI PEMUDAHCARA PEMBELAJARAN (PdPc) TAHUN 2017

Oleh : Sofrie Anuar A - PK Pentadbiran SMK Tambunan

Assalamualaikum dan salam transformasi. Selamat melangkah ke tahun baharu tahun 2017.

 

  1. Syukur alhamdulillah kita berjaya melepasi tahun 2016 dengan mencatatkan beberapa kejayaan dalam aspek kurikulum, sukan, kokurikulum dan hal ehwal murid. Walaupun kejayaan yang dicatatkan itu itu masih kecil tetapi sekurang-kurangnya kita telah meningkat dari satu tahap ke satu tahap yang lebih baik. Saya pasti budaya dan prinsip yang sedang kita amalkan iaitu hari esok mesti lebih baik daripada hari ini, telah membantu kita menghampiri sasaran kerja yang ditetapkan. 

  2. Secara keseluruhannya pelaksanaan program sekolah transformasi adalah `on the right track’ dan menunjukkan perubahan dalam aspek-aspek kritikal seperti budaya kerja, kerja berpasukan, pelaksanaan kelas abad ke-21 dan pembudayaan pengajaran dan pembelajaran secara koloboratif. Walaupun belum mencapai tahap yang ditetapkan tetapi guru-guru telah berjaya mempamerkan usaha dan kemahuan tinggi untuk mengubah amalan `biasa-biasa’ pedagogi kepada trend PA21 demi mencapai objektif sekolah transformasi. 

  3. Dalam peperiksaan PT3 kita telah berjaya meningkatkan pencapaian GPS daripada 3.83 kepada 3.49. PT3 kali ini juga telah berjaya meningkatkan lagi kualiti semua subjek dengan satu subjek telah mencapai GPMP cemerlang dan enam subjek mencapai GPMP tahap baik berbanding empat sahaja pada tahun 2015. Kejayaan ini sudah pasti berkait rapat dengan perubahan amalan pedagogi guru-guru selaras dengan trend PdP abad ke- 21. Bilangan pelajar yang mendapat 5A ke atas juga meningkat kepada 16 orang berbanding 12 orang sahaja pada tahun 2015. 

  4. Gaya pembelajaran pelajar juga menunjukkan perubahan. Daripada gaya belajar secara individu, mereka sudah semakin serasi dengan gaya belajar secara koloboratif. Namun, aspek ini masih memerlukan sentuhan berbisa daripada guru-guru untuk mencapai standard yang ditetapkan dalam SKPMg2 ia itu pelajar adalah pembelajar aktif. 

  5. Saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada guru-guru kerana dalam keadaan yang `terasak’ oleh pelbagai tugasan, masih berupaya menyerap tekanan dengan baik dan melangsaikan cabaran tahun 2016. 
Mendepani cabaran tahun 2017... 

  6. Untuk menghadapi cabaran baharu tahun 2017, kita tiada pilihan selain berusaha sebaik mungkin untuk memantapkan pengetahuan dan kemahiran kita tentang konsep-konsep pendidikan yang terkandung dalam PPPM 2013-2025 khususnya yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran. Saya memfokuskan aspek pdp kerana aspek ini merupakan bahagian yang paling besar impaknya terhadap pencapaian prestasi pelajar-pelajar dalam akademik dan peperiksaan. Malah 90% tugas kita di sekolah adalah berkaitan PdP. 

  7. Menyedari pentingnya pdp yang berkesan, maka JNJK telah menggubal Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang Kedua ( SKPMg2 ) yang menetapkan dengan jelas dan terperinci peranan baharu guru-guru agar pelaksanaan PA21 itu lebih mantap dan berkesan. 

  8. Saya berharap kita sama-sama mula membudayakan peranan baharu tersebut sebaik saja sesi persekolahan tahun 2017 bermula. 
Peranan baharu guru-guru berdasarkan SKPMg2 

  9. Guru sebagai perancang PdPc yang profesional dan sistematik. Kita harus sediakan RPT dan takwim PdP sebelum persekolahan baru bermula. Ini adalah pelan taktikal subjek guru-guru. Pelaksanaan PdPc yang berkesan semestinya bermula dengan perancangan PdP yang sistematik. Objektif akhir pdp ialah kejayaan pelajar. Kita perlu merancang kejayaan kerana `success isn’t an accident’. Kejayaan mesti dirancang. 


10.Guru sebagai pengawai proses pembelajaran secara terancag. Ini memerlukan guru-guru mengelola isi pelajaran, mengawal eruntukan masa dan memberi peluang kepada pelajar terlibat dalam aktiviti pdp

11. Guru sebagai pengawal suasana pembelajaran. Ia bermaksud guru-guru harus mengawasi komunikasi pelajar, mengawasi perlakuan pelajar dan menyusun atur kedudukan pelajar supaya selaras dengan aktiviti pembelajaran. Kawalan yang bagus menyebabkan pelajar dalam situasi `buy in’ ia itu mematuhi proses pembelajaran yang ditetapkan oleh guru.

  1. Guru sebagai pembimbing secara profesional dan terancang. Guru-guru perlu memberi tunjuk ajar pelajar menguasai isi pelajaran, memberi panduan menguasai kemahiran pembelajaran, dan membantu pelajar membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. 

  2. Guru sebagai pendorong minda pelajar dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran. Guru perlu merangsang pelajar berkomunikasi, berkoloboratif, mengemukakan soalan yang menjurus kepada penyelesaian masalah, mewujudkan peluang untuk pelajar memimpin aktiviti pembelajaran, menggalakkan pelajar menyoal dan melatih mereka mendapatkan pengetahuan dan kemahiran secara kendiri. 

  3. Guru sebagai pendorong emosi pelajar dalam pelaksanaan aktiviti pdp. Cara berkesan ialah dengan memberi pujian, galakan, penghargaan, memberi keyakinan dan guru prihatin terhadap keperluan pelajar. 


15.Guru sebagai penilai yang sistematik dan terancang. Kita diminta untuk menggunakan pelbagai kaedah pentaksiran untuk menilai prestasi pelajar dan dilakukan berterusan dalam pdp. Pentaksiran formatif perlu pelbagai dan amat dipentingkan. Hasil kerja pelajar wajib ditaksir. Selain menilai pelajar, guru juga harus menilai pdpc masing-masing dengan cara membuat refleksi setiap kali pdp berakhir. Dengan cara itu, penambahbaikan berterusan akan dapat dibuat.

16.Akhir sekali, guru harus menjadikan pelajar sebagai pembelajar yang aktif. Pembelajar aktif dapat diperhatikan sekiranya pelajar-pelajar memberi respon, berkomunikasi dalam kumpulan, melaksanakan aktiviti secara koloboratif, berpemikiran kritis dan kreatif, mengemukakan soalan, dan menyelesaikan masalah semasa dalam PdP. Paling penting juga ialah pelajar- pelajar berjaya mengaitkan isi pelajaran dengan kehidupan.

Semoga kita berjaya mengoperasikan semua standard baharu ini dalam pdp demi kecemerlangan pelajar dalam akademik.

  1. If we keep doing what we’re doing, we’re to keep getting what we’re getting. Let Change ! 

  2. Success isn’t an accident. Plan first. 

  3. The momentum of changes must be pushed without 
tolerance in order to achieve our educational excellent policy objective to produce the best INSAN. No room for negatif mind 


Terima kasih om ponsikou kepada semua guru SEMENTA kerana telah mencuba yang terbaik. Sesungguhnya kejayaan memerlukan masa untuk dibuktikan. Semoga kita lebih berjaya pada tahun 2017 melalui pendekatan transformasi pendidikan. 

Pentadbir

Pautan Rasmi






Pelawat

80700
TodayToday109
YesterdayYesterday183
Top Visit 01-06-2017 : 11949
Statistik created: 2017-10-21T00:41:14+00:00
UNITED STATES
US
Members Online 0
Guests 18
Registered Users 2
Registered Today 0
Now Online
-
Registered Today
-

Artikel Semasa

MENDEPANI CABARAN SEBAGAI PEMUDAHCARA PEMBELAJARAN (PdPc) TAHUN 2017

Oleh : Sofrie Anuar A - PK Pentadbiran SMK Tambunan

Assalamualaikum dan salam transformasi. Selamat melangkah ke tahun baharu tahun 2017.

Read more...

Video Pilihan

TERBAIK SPM 2016

 

PENCAPAIAN SPM 2015

TIPS KEJAYAAN  2013 

Selamat Datang