Program Transformasi Sekolah

Program ini secara umumnya bertujuan membangunkan kepakaran tempatan melalui pendekatan latihan dan bimbingan yang berstruktur kepada Pembimbing Kepimpinan(Pengetua) dan Pembimbing Pedagogi(GPK Pentadbiran). Objektif utama program ini adalah menggalakkan dan mengamalkan

Program Sekolah Transformasi:

1. Ini adalah program duplicate dari program sekolah amanah.

2. Program ini ingin mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan kepada pelajar dan memberi peluang kepada pelajar untuk terlibat secara aktif di dalam proses PdP. Ini bermakna akan wujud intreaksi dua hala semasa proses PdP.

3. Perubahan persekitaran pembelajaran supaya PdP lebih berkesan, iklim bilik darjah, dan sekolah yang kondusif dan fleksibel.

4. Teknik PdP guru yang kreatif dan berkesan. Ini akan melibatkan perubahan format menulis rancangan pelajaran harian (RPH)

5. Pengurusan sekolah yang cekap dan mengutamakan kemenjadian murid, peningkatan capaian dan penggunaan ICT.

6. Pelibatan aktif komuniti setempat.

Untuk menjayakan program ini, golongan guru perlu bersedia untuk berubah secara total.