You are here: HomePengurusanDewan & Sistem PAPembelajaran Abad Ke-21

Penceritaan Digital- Cerita Kita

Virtual Fair 5-11 Oktober 2020 (Percuma)

Peluang kepada semua guru dan pelajar seluruh Malaysia menyertai pameran digitalmaker secara maya yang terbesar dan pertama kali di Malaysia; Pelbagai aktiviti menarik dan percuma khas untuk guru dan pelajar meneroka dan meningkatkan pengetahuan mengenai industri digital. 

> Workshop & Webinar

> Pameran Produk Digital

> Peraduan

> Tayangan Animasi dan

> Banyak lagi!

Sertai sekarang di #mydigitalmaker Virtual Fair 2020 

 

Peristiwa #mydigitalmaker

TAHNIAH kepada semua Cikgu dan Kaunselor yang telah menghantarkan karya Penceritaan Digital yang cukup bagus!!

Walaupun kami sepatutnya pilih Top 5 tetapi pengumpulan markah juri menjadikan TOP 6! Memang cukup sengit untuk memilih video digital penceritaan yang paling hebat.

*Inilah TOP Finalis Pertandingan Penceritaan Digital 2020*

* Cikgu Zainal bin Mohd Zabir (SMK Chaah, Johor)
* Cikgu Siti Raudhah binti Md Merzuk (SMK Pekan, Pahang)
* Cikgu Kaunselor Mohd Ridwan bin Mazlam (SMK Chanis,
Pahang)
* Cikgu Ann Doreen Dorall (SMK Tambunan, Sabah)
* Cikgu Hafiz Bin Ramli (SK Bakri Batu 5, Johor)
* Cikgu Muhammad Nuaim bin Bahron (SK Sg Penipah Mukah,
Sarawak)
Kesemua 6 video Finalis boleh ditontoni di 
https://www.youtube.com/playlist?list=PLHEsfCIaj_ZqW_wG5zrwzWpV0TaA0c1Bt

Selepas menoton jangan lupa untuk mengundi untuk video pilihan anda dan paling penting jangan lupa untuk LIKE dan FOLLOW halaman Facebook #mydigitalmaker  serta SUBSCRIBE saluran You Tube kami! Kalau tak undi rosak nanti.

Klik untuk mengundi di https://forms.gle/gAcTNh2btrabWcy79

Apakah dia subjek Sains Komputer?

Mengenai Subjek Sains Komputer/Computer Science SPM 3770

#MyDigitalMaker Champion School

SMK Tambunan merupakan salah sebuah Champion School di Malaysia dibawah tajaan MDEC(Malaysia Digital Economy Corporation) dan pelbagai aktiviti dan pencapaian yang telah dicapai sejak dimulakan pada tahun 2018. Matlamat utama program ini adalah untuk membudayakan pembelajaran digital dan inovasi di kalangan guru dan pelajar di sekolah untuk menyediakan pelajar kepada industri 4.0 dan pekerjaan masa depan.

Untuk meneruskan momentum dan prestasi cemerlang dalam program ini, beberapa aktiviti susulan akan dilaksanakan sepanjang tahun 2020 ini untuk meningkatkan lagi tahap pembudayaan digital di sekolah ini. Antara aktiviti yang akan dilaksanakan termasuklah;

  1.      Misi mencari Duta Penggerak Digital.
  2.      Setiap pelajar ada akaun Google Classroom.
  3.      Bengkel kemahiran digital seperti rekabentuk 3D dan pembangunan aplikasi mobil.
  4.      Pertandingan E-Sport & Hour Of Code di peringkat Sekolah.
  5.      Mini Digital Fair peringkat Sekolah dan Daerah Tambunan.
  6.      Young Innovator Challenge(YIC) & Make-X Robotic Challenge diperingkat negeri

Walau bagaimanapun, tanpa sokongan dari guru dan pelajar, sukar untuk aktiviti-aktiviti dilaksanakan dengan jayanya. Maka, diharap agar semua warga  sekolah dapat menyokong program ini dari masa ke semasa. Penyertaan pelajar dan guru dalam aktiviti #mydigitalmaker sangat-sangat dialu-alukan. Sila hubungi Duta Penggerak Digital atau guru penyelaras untuk maklumat lanjut atau melalui risalah Champion School yang akan disediakan kelak.

 

 

 

YIC Sabah 2017

 




UMS,20 Mei 2017 - Seramai 18 orang pelajar dan 2 guru pengiring telah menyertai pertandingan Young Innovator Challenge bertempat di Dewan Canselor Utama Universiti Malaysia Sabah. Pertandingan kali ini telah menyaksikan sebanyak 40 buah sekolah menengah di seluruh Sabah dengan bilangan pelajar seramai 170 orang. Jumlah ini merupakan penyertaan yang terbesar di Malaysia setakat ini. Young Innovator Challenge 2017 adalah program STEM bagi menggalakkan pelajar menceburi bidang rekacipta berinovasi menggunakan aplikasi Arduino (MicroController). Program ini telah mendapat kerjasama beberapa badan swasta seperti Sime Darby, Chumbaka, MDEC, iM4U dan Hap Seng Group. Program dan aktiviti juga mendapat sokongan sepenuhnya dari Kementerian Pendidikan Malaysia(MOE).

Read more: YIC Sabah 2017

Pesanan Pentadbir

 Amanat Pentadbir Sekolah

PK Akademik En.Sofrie Anuar telah memberikan beberapa tips dan peringatan kepada semua calon PT3 dan SPM semasa perhimpunan rasmi di dewan sekolah. 

Berikut adalah kandungan dalam taklimat beliau;

Read more: Pesanan Pentadbir

Pentadbir

Pautan Rasmi




 

Visitors

178317
TodayToday32
YesterdayYesterday116
This_WeekThis_Week502
This_MonthThis_Month3376
All_DaysAll_Days178317
Top Visit 05-03-2020 : 389
Statistik created: 2020-10-30T18:28:29+00:00
34.201.9.19
US
Members Online 0
Guests 3
Registered Users 2
Registered Today 0
Now Online
-
Registered Today
-

Video Pilihan

TERBAIK SPM 2016

 

PENCAPAIAN SPM 2015

TIPS KEJAYAAN  2013