Virtual Fair 5-11 Oktober 2020 (Percuma)
Peluang kepada semua guru dan pelajar seluruh Malaysia menyertai pameran digitalmaker secara maya yang terbesar dan pertama kali di Malaysia; Pelbagai aktiviti menarik dan percuma khas untuk guru dan pelajar meneroka dan meningkatkan pengetahuan mengenai industri digital.
> Workshop & Webinar
> Pameran Produk Digital
> Peraduan
> Tayangan Animasi dan
> Banyak lagi!
Sertai sekarang di #mydigitalmaker Virtual Fair 2020
Peristiwa #mydigitalmaker
TAHNIAH kepada semua Cikgu dan Kaunselor yang telah menghantarkan karya Penceritaan Digital yang cukup bagus!!
Walaupun kami sepatutnya pilih Top 5 tetapi pengumpulan markah juri menjadikan TOP 6! Memang cukup sengit untuk memilih video digital penceritaan yang paling hebat.
*Inilah TOP Finalis Pertandingan Penceritaan Digital 2020*
* Cikgu Zainal bin Mohd Zabir (SMK Chaah, Johor)
* Cikgu Siti Raudhah binti Md Merzuk (SMK Pekan, Pahang)
* Cikgu Kaunselor Mohd Ridwan bin Mazlam (SMK Chanis,
Pahang)
* Cikgu Ann Doreen Dorall (SMK Tambunan, Sabah)
* Cikgu Hafiz Bin Ramli (SK Bakri Batu 5, Johor)
* Cikgu Muhammad Nuaim bin Bahron (SK Sg Penipah Mukah,
Sarawak)
Kesemua 6 video Finalis boleh ditontoni di
https://www.youtube.com/playlist?list=PLHEsfCIaj_ZqW_wG5zrwzWpV0TaA0c1Bt
Selepas menoton jangan lupa untuk mengundi untuk video pilihan anda dan paling penting jangan lupa untuk LIKE dan FOLLOW halaman Facebook #mydigitalmaker serta SUBSCRIBE saluran You Tube kami! Kalau tak undi rosak nanti.
Klik untuk mengundi di https://forms.gle/gAcTNh2btrabWcy79
Mengenai Subjek Sains Komputer/Computer Science SPM 3770
SMK Tambunan merupakan salah sebuah Champion School di Malaysia dibawah tajaan MDEC(Malaysia Digital Economy Corporation) dan pelbagai aktiviti dan pencapaian yang telah dicapai sejak dimulakan pada tahun 2018. Matlamat utama program ini adalah untuk membudayakan pembelajaran digital dan inovasi di kalangan guru dan pelajar di sekolah untuk menyediakan pelajar kepada industri 4.0 dan pekerjaan masa depan.
Untuk meneruskan momentum dan prestasi cemerlang dalam program ini, beberapa aktiviti susulan akan dilaksanakan sepanjang tahun 2020 ini untuk meningkatkan lagi tahap pembudayaan digital di sekolah ini. Antara aktiviti yang akan dilaksanakan termasuklah;
Walau bagaimanapun, tanpa sokongan dari guru dan pelajar, sukar untuk aktiviti-aktiviti dilaksanakan dengan jayanya. Maka, diharap agar semua warga sekolah dapat menyokong program ini dari masa ke semasa. Penyertaan pelajar dan guru dalam aktiviti #mydigitalmaker sangat-sangat dialu-alukan. Sila hubungi Duta Penggerak Digital atau guru penyelaras untuk maklumat lanjut atau melalui risalah Champion School yang akan disediakan kelak.
UMS,20 Mei 2017 - Seramai 18 orang pelajar dan 2 guru pengiring telah menyertai pertandingan Young Innovator Challenge bertempat di Dewan Canselor Utama Universiti Malaysia Sabah. Pertandingan kali ini telah menyaksikan sebanyak 40 buah sekolah menengah di seluruh Sabah dengan bilangan pelajar seramai 170 orang. Jumlah ini merupakan penyertaan yang terbesar di Malaysia setakat ini. Young Innovator Challenge 2017 adalah program STEM bagi menggalakkan pelajar menceburi bidang rekacipta berinovasi menggunakan aplikasi Arduino (MicroController). Program ini telah mendapat kerjasama beberapa badan swasta seperti Sime Darby, Chumbaka, MDEC, iM4U dan Hap Seng Group. Program dan aktiviti juga mendapat sokongan sepenuhnya dari Kementerian Pendidikan Malaysia(MOE).
Amanat Pentadbir Sekolah
PK Akademik En.Sofrie Anuar telah memberikan beberapa tips dan peringatan kepada semua calon PT3 dan SPM semasa perhimpunan rasmi di dewan sekolah.
Berikut adalah kandungan dalam taklimat beliau;
MINGGU KE-2(6-10 JAN 2020)
-Selamat Kembali Ke Sekolah 2020 dan Selamat Datang Guru-Guru Baharu!
-Fokus 2020 :
TERBAIK SPM 2016
PENCAPAIAN SPM 2015
TIPS KEJAYAAN 2013